Khamis, 6 Ogos 2015

Kokedama.

         Kokedama?, Apa tu?..Meh biar akw jelaskan serba sedikit tentang kokedama ni,  Kokedama ini merupakan salah satu kaedah seni penanaman tumbuhan yang Lama berasal dari Jepun dan diperkenalkan di serata tempat sebagai kokedama, seperti mana yang anda tahu, Bonzai juga merupakan salah satu daripada seni penanaman tumbuhan hiasan Jepun..


(kokedama menggunakan bunga poppy)


        Kokedama ni sebenarnya membawa maksud berbola lumut...dalam bahasa jepun KOKE bermaksud LUMUT, dan DAMA pula bermaksud BERBOLA..Rupa kokedama ni seperti sebiji bola lumut yang mempunyai tumbuhan yang tumbuh padanya dan diikat serta digantung..

        Kokedama ni bukan je boleh dibuat hiasan halaman rumah malah di office dan juga kawasn awam..selain daripada itu ia boleh dijadikan sebagai barang jualan untuk mendapatkan pendapatan sampingan, kos untuk membuat kokedama ni tdak melibatkan nilai yang besar namun pulangan nya lumayan, hehe..yang anda perlukan cumalah media tanaman, lumut, tali tangsi, gunting, alas tangan dan tumbuhan untuk diletakan pada kokedama tersebut,..


kokedama mempunyai tarikanya yang tersendiri.,dengan gayanya yang unik dam menarik


Sesuai untuk dijadiakan hiasan mejatau biberikan sebagai hadiah


Selain digantung..boleh juga klau nak letakanya di atas alas..contohya buloh dll..

kokedama amat sesuai dijadika tanaman hiasan di dalam rumah,..ini kerana tahap kelembapan berbola lumut tersebut akan tahan lebih lama..
Ni yang menarik perhatian akw,..hehe selain tumbuhan berbunga..tumbuhan berbuah juga boleh dijadikan kokedama,.contohnya seperti pokok Oren ni.

Kokedama juga boleh dijadikan barang jualan untuk mendapat pendapatan sampingan..

            Aku pernah gak buat kokedama ni sebagai tumbuhan hiasan di sekitar rumah, sempena persediaan untuk menyambut hari raya pada tahun lepas berserta tumbuhan2 lain gak,..ramai gak tetamu yang gemar melihat kokedama yang akw gantungkan di halaman rumah, dan ada jugak yang nak membelinya, tapi akw bagi je lah,..tak sampai hati pulak nak jual dengan kwan mak sendiri dah la hari tu raya.haha..Kokedama boleh dijual dari harga serendah RM20 ringgit hinggalah RM100 dan keatas bergantung dengan jenis tumbuhan yang digunakan...dulu aku biasa guna tumbuhan dari golongan paku-pakis dan tumbuhan hiasan seperti, Begonia, Gloxinia, Guzmania, Bromiliad, dll..sebahagian daripada kokedama ku akw bagikan kepada tetamu yang datang ke rumah..tak kira kawan atau saudara mara..herm, harap anda suka dengan penerangan ku mengenai kokedama,.

Ni ilustrasi bagaimana nak buat kokedama ni..senang je kan,


Cara nak menyiram kokedama ni senang je,..cuma perlu rendam je berbola lumut tu..


Rabu, 5 Ogos 2015

Berjaya Mengharungi Zaman Persekolahan Dan Maseh Berjuang..

Zaman persekolahan merupakan waktu yang paling mengembirakan bagiku, Pengalaman yang telah dilalui sepanjang zaman persekolahan meninggalkan akw dengan  kenagan terindah yang tak kan akw lupakan, .  kenangan Manis, pahit, masam, tawar hohoho semualah.,namun perjuangan ku tidak berakhir di situ sahaja..kini akw berjaya menyambung pengajianku di Universiti Putra Malaysia dalam bidang kegemaranku iaitu Pertanian..sesungguhnya akw amat berpuas hati kerana berpeluang untuk mengambil kos pertanian seperti mana yang akw impikan dari dulu lagi.

Suasana di universiti jauh berbeza daripada suasana persekolahan..di sini akw harus belajar berdikari, mengurus diri sendiri, belajar menyesuaikan diri dengan suasana berbeza, berkenalan dengan individu dari berbilang kaum dan menetap di kolej haha..sebelum ni akw tak pernah ada pengalaman menetap di asrama..namun semua itu akw mampu hadapi kerana aku mudah menyesuaikan diri  dengan perubahan..kecuali satu perkara ni, Berjauhan dengan insan yang tersayang memaksaku mengambil masa gak untuk menyesuaikan diri huhuhu...

Seperti mana yang pernah dikatakan oleh ibu ku, kehidupan di Universiti itu Seronok,kalau kita mampu menerima perubahan dan berdikari.
 seperti mana yang ibuku telah lalui dahulu,dan akw akan menikmati setiap saat akw di universiti seperti mana dia telah lalui, jadi akan akw berusaha untuk membuktikan kata ibuku itu benar.,ouhh lupa pulak bagitau, Universiti yang mana ibuku menyambung pengajian dahulu merupakan Universiti yang sama akw berada sekarang,haha ya Universiti Putra Malaysia gak, jadi ibuku ni bukan je Seorang ibu bagiku, dia juga senior otai ku dalam bidang Pertanian,..hahahaa, love U mom..

Ni akw nak share serba sedikit kenangan yang akw nak kongsikan pada semester yang lepas..hehe..Enjoy



cak!

Memberku si epul dan Aqi..beruk2 mau cari udara segarrrr!!..haha


Ni masa kitorang buat BBQ sempena Final,..tengok semua dah macam arang,hahah

Kalau dekat U kalau belajar je boleh Jam,..jadi apa salahnya klau kita bersukan gak sekali sekala..ni gambar kitorang dekat padang rugby,..sejujurnya akw ni kaki bangku, jadi akw memilih Rugby sebagai sukan kegemaran ku,..jangan risau namaya je rugby..tapi bukan semua yang join akan cedera at

Final N we enjoy it!!

Ni semua ahli keluarga blok E, time ni perarakan unipura dah tamat, dan cuba teka siapa juara keseluruhan,,haha.of coz la kitorangg!!..hohohoho..




Brotherhood ..KIta Bro joe..


Ni akw nk kongsikan Alkisah akw dipertemukan dengan brader2 yang sekepala dengan akw..haha.Bermula dengan tegur Menegur ala2 Bolehlaa..Segan sampai 3-4 patah perkataan je yg dikeluakan dan salam mcm berjumpa dengan orang ternama pada suatu ketika dahulu, chewah mlm dh lama sngt dah..haha, 

Namun kini kami dah erat.seperti mana yang selalu dikatakan oleh seorang sahabat ku..kita Sama2 Naik,..haha..memang betol seperti mana yang dikatakan oleh orang..Kawan boleh dicari ganti, kerana bukan semua yang sehaluan,..Namun bagi akw, Sahabat akw dh mcm ahli keluarga akw sendiri..bila dalam situasi yang memerlukan bantuan ada yang sudi membantu dan bahkan diorang bantu lebih dari apa yang diperlukan..alangkah bersyukurnya diriku memiliki sahabat2 yang sebegini,..haha..meh akw kongsi sikit gambar kitorang..
Bro akw yang sadu2 ni,haha namanya Naqiuddin..pada semester lepas kitorang sama course, namun semester ni akw dengan Aqi memilih course yang berbeza,.akw menjadi tukang cangkul (pertanian)dan dia tukang panjat pokok (perhutanan),haha,.perbezaan course takkan dapat menghalang kami daripada turun ke padang Rugby untuk menghabiskan waktu petangku bermain rugby..ni salah satu kelebihan Aqi, dia pro dalam sukan rugby,.jadi bila akw nampak bola rugby akw ingat aqi.bila nampak Aqi akw ingat Rugby..haha
Ni waktu Final exam sem lepas..dari kiri Fendi aka org asli australia,haha..Leo mauris..Indin, tuan guru Anime akw haha...Sen..what..Ken hantu gigi,haha..Anuar si genji, konon2 ketua gangster serikei haha, yang tu akw dan last Pet.
Ni pengembaraan kami ke zoo tumbina..nak menziarah kwan2 kitorang yang tak serupa namun bising mcm kitorang..haha, dari kiri Daus,aka dokter haiwan sama mcm shayir..Naqi si israel folau , tuan yang dihormati Bad..dan si Epul dari negeri dibawah bayuu,,wuuu.
Ni waktu Majlis akw janji apa entah haha,..masa tu kitorang lapar gilaaa..kepala lembu pun boleh kitorang makan erk..hoho

Tumbuhan Pemangsa Serata Benua.

Hari ni rasa macam nak kongsi sedikit info tentang tumbuhan pemangsa la pulak, Tahukah anda bukan semua yang namanya tanaman atau tumbuhan itu hanya menyerap mineral dan nutrisi dari tanah untuk mendapatkan sumber makanan.Ada juga banyak  jenis tumbuhan yang lebih mengandalkan sumber nutrisi untuk tumbuh dan bertahan hidup dengan memangsa serangga.Jadi tidak hanya binatang saja yang memiliki sifat carnifora,ada juga tumbuhan yang juga disebut sebagai  tumbuhan carnivora

Namanya juga tumbuhan,jadi cara yang digunakan tidak berlari mengejar mangsanya seperti hewan.Namun cara tumbuhan carnivora  untuk mendapatkan mangsanya adalah dengan jalan menjebaknya dengan perangkap khusus yang dimilikinya.Melalui sifat sifat yang mampu menarik mangsa (berdasarkan bentuk, warna, bau, atau sarana lainnya) tumbuhan ini menjebak kemudian mencerna dan menyerap nutrisi hasil cerna.
Cara mencerna mangsa utamanya dengan menggunakan enzim pencerna dan bantuan dari  aktivitas bakteria.


 Beberapa tanaman karnivora tidak memproduksi enzim dan hanya mengandalkan peruraian oleh bakteri saja. Organ pencerna tanaman karnivora adalah daun yang termodifikasi. kalau bercakap tentang tumbuhan pemangsa ni, tentu ada yang akan terbayangkan tumbuhan Periuk kera atau dikenali sebagai Nepenthes,Namun Sebenarnya ada sekitar 600 spesies tanaman carnivora di dunia,namun disini aku hanya .namun disini aku hanya menampilkan beberapa jenis je untuk dikongsikan bersama .

Sundews (Drosera) yang mewakili lebih dari 170 spesies,adalah di antara tanaman karnivora yang paling banyak ditemukan di seluruh dunia, di semua benua (kecuali Antartika).


Portuguese sundew (Drosophyllaceae lusitanicum) adalah tanaman asli Portugal, Spanyol dan Maroko, dan merupakan salah satu dari beberapa tanaman karnivora yang tumbuh di tempat yang kering seperti tanah alkalin. Tanaman ini memiliki aroma yang berbeda untuk menarik mangsa seperti serangga.

Tanaman Cobra atau California pitcher plant (Darlingtonia) ditemukan di utara California dan Oregon, hidup di rawa dan di air yang mengalir. Daun berbentuk tabung yang tampak seperti kobra dengan daun yang bercabang. Tidak seperti  tumbuhan yang lain, daunnya tidak menghasilkan enzim pencernaan.
Mocassin plant or Western Australian pitcher plant (Cephalotus) hidup di barat daya Australia. Tanaman ini juga memiliki perangkap dengan mulut yang lebih lebar , tapi lebih pendek.


Pitcher Plants (Nepenthes)  memiliki perangkap yang paling spektakuler, tambahan juga boleh dikatakan yang paling canggih. Tanaman ini tumbuh dari Madagaskar dan Asia tenggara sampai ke timur laut Australia.
Butterworts (Pinguicula) hidup di daerah daerah basah di Amerika, Eropa dan Asia Utara.Tanaman ini menggunakan kelenjar daunnya yang lengket untuk memikat, menjebak, dan mencerna serangga.
Venus Fly Trap (Dionaea muscicapula) hidup di rawa di North dan South Carolina (tenggara Amerika Serikat). Tanaman ini menangkap dan mencerna mangsa terutama serangga dan arakhnida dengan perangkap yang dibentuk oleh bagian dari sisi masing-masing dari daun.
Heliamphora, tumbuhan carnivora yang berasal dari Amerika selatan yang terdiri daripada 23 jenis.juga dikenali sebagai sun pitcher berdasarkan namanya dalam bahasa greek
Waterweel plant (Aldrovanda) jenis yang berkaitan dengan sundews. Satu-satunya spesies ini ditemukan di Eropa, Asia, Afrika dan Australia, hidup di dalam air. Perangkap berada sekitar ditengah atangnya,yang terdiri dari dua lobus yang membuka bersama untuk membentuk seperti sebuah buku yang terbuka.
North American Pitcher Plant(sarracenia) memiliki saluran untuk menjebak serangga. Saluran ini memiliki panjang  1 m . Hidupnya di rawa-rawa di wilayah timur , selatan Amerika Serikat dan Kanada. Serangga tertarik oleh nektar yang berada di bibir perangkap, serta kombinasi dari warna dan aromanya.

Isnin, 3 Ogos 2015

Orkid liar.



Ada lebih daripada  30,000 spesies orkid yang mampu menyesuaikan diri mengikut mana- mana persekitaran di dunia. Jumlah ini mungkin membabitkan orkid liar tetapi hingga kini sukar dipastikan.
Orkid liar memang terkenal di kalangan penanam, pengumpul atau peminat yang sentiasa mencari spesies baru untuk untuk ditambahkan ke dalam koleksi mereka, selain mempelajari dan menghayati rahsia keunikan dan keistimewaan tumbuhan tersebut.
Namun ramai juga tidak tahu spesies orkid liar semakin terancam dan ada yang tidak akan tahu kewujudannya.Negara kita juga kaya dengan pelbagai jenis orkid liar yang belum diketengahkan walaupun ia popular di kalangan pemburu orkid.


Aku mula meminati tumbuhan orkid ini semenjak 2 tahun yang lalu selepas mengunjungi rumah majikan ibuku sempena tahun baru cina di perumahan taman Li hua Bintulu Sarawak. Suaminya encik Bong mempunyai PHD dalam bidang Orkid Liar..Rumahnya pulak dikelilingi tumbuhan hiasan yang kebanyakanya adalah tumbuhan tropical terutama sekali orkid..Alangkah terujanya diriku selepas melihat pemandangan tersebut. pada hari tersebut keluargaku puas menjamu selera dan berkenalan dengan tetamu,tetapi akw pulak sibuk memerhati taman tuan punya rumah terbuka. ditemani anak majikan ibuku, Aeron.Berdasarkan pemerhatian aku,Encik Bong cuma berminat mengumpul orkid Liar berbandin orkid jenis Hybrid. Aku pula mengumpul kedua-duanya. Okay meh aku kongsikan sikit gambar2 orkid liar yang terdapat di Malaysia.

Arundina sp., orkid ini tumbuh meliar di sekitar kwasan simpang jalan..dan amat mudah untuk dijumpai

Bulbophyllum lobbii..ni salah satu daripada lebih 2000 species yang tercatat..merupakan genus terbesar dalam keluarga orkid.



Phalaenopsis Gigantea, Orkid ini merupakan Orkid yang terbesar di didalam jenis orkid Phalaenopsis.Daunya mampu membesar sehingga 2 kaki panjang.

Corybas sp.




    

Paphiopedilum Rotchildianum, Orkid jenis ini dikenali sebagai orkid selipar..P.Rotchil juga dikenali King of Slipper Orchid., orkid ini cuma boleh dijumpai di Sabah dimana terletaknya habitat asalnya.
Phalaenopsis violacea atau lebih dikenali sebagai orkid Normah.bunganya menghasilkan Bau yang harum seperti sitrus.