Khamis, 6 Ogos 2015

Kokedama.

         Kokedama?, Apa tu?..Meh biar akw jelaskan serba sedikit tentang kokedama ni,  Kokedama ini merupakan salah satu kaedah seni penanaman tumbuhan yang Lama berasal dari Jepun dan diperkenalkan di serata tempat sebagai kokedama, seperti mana yang anda tahu, Bonzai juga merupakan salah satu daripada seni penanaman tumbuhan hiasan Jepun..


(kokedama menggunakan bunga poppy)


        Kokedama ni sebenarnya membawa maksud berbola lumut...dalam bahasa jepun KOKE bermaksud LUMUT, dan DAMA pula bermaksud BERBOLA..Rupa kokedama ni seperti sebiji bola lumut yang mempunyai tumbuhan yang tumbuh padanya dan diikat serta digantung..

        Kokedama ni bukan je boleh dibuat hiasan halaman rumah malah di office dan juga kawasn awam..selain daripada itu ia boleh dijadikan sebagai barang jualan untuk mendapatkan pendapatan sampingan, kos untuk membuat kokedama ni tdak melibatkan nilai yang besar namun pulangan nya lumayan, hehe..yang anda perlukan cumalah media tanaman, lumut, tali tangsi, gunting, alas tangan dan tumbuhan untuk diletakan pada kokedama tersebut,..


kokedama mempunyai tarikanya yang tersendiri.,dengan gayanya yang unik dam menarik


Sesuai untuk dijadiakan hiasan mejatau biberikan sebagai hadiah


Selain digantung..boleh juga klau nak letakanya di atas alas..contohya buloh dll..

kokedama amat sesuai dijadika tanaman hiasan di dalam rumah,..ini kerana tahap kelembapan berbola lumut tersebut akan tahan lebih lama..
Ni yang menarik perhatian akw,..hehe selain tumbuhan berbunga..tumbuhan berbuah juga boleh dijadikan kokedama,.contohnya seperti pokok Oren ni.

Kokedama juga boleh dijadikan barang jualan untuk mendapat pendapatan sampingan..

            Aku pernah gak buat kokedama ni sebagai tumbuhan hiasan di sekitar rumah, sempena persediaan untuk menyambut hari raya pada tahun lepas berserta tumbuhan2 lain gak,..ramai gak tetamu yang gemar melihat kokedama yang akw gantungkan di halaman rumah, dan ada jugak yang nak membelinya, tapi akw bagi je lah,..tak sampai hati pulak nak jual dengan kwan mak sendiri dah la hari tu raya.haha..Kokedama boleh dijual dari harga serendah RM20 ringgit hinggalah RM100 dan keatas bergantung dengan jenis tumbuhan yang digunakan...dulu aku biasa guna tumbuhan dari golongan paku-pakis dan tumbuhan hiasan seperti, Begonia, Gloxinia, Guzmania, Bromiliad, dll..sebahagian daripada kokedama ku akw bagikan kepada tetamu yang datang ke rumah..tak kira kawan atau saudara mara..herm, harap anda suka dengan penerangan ku mengenai kokedama,.

Ni ilustrasi bagaimana nak buat kokedama ni..senang je kan,


Cara nak menyiram kokedama ni senang je,..cuma perlu rendam je berbola lumut tu..


1 ulasan: