Isnin, 3 Ogos 2015

Orkid liar.



Ada lebih daripada  30,000 spesies orkid yang mampu menyesuaikan diri mengikut mana- mana persekitaran di dunia. Jumlah ini mungkin membabitkan orkid liar tetapi hingga kini sukar dipastikan.
Orkid liar memang terkenal di kalangan penanam, pengumpul atau peminat yang sentiasa mencari spesies baru untuk untuk ditambahkan ke dalam koleksi mereka, selain mempelajari dan menghayati rahsia keunikan dan keistimewaan tumbuhan tersebut.
Namun ramai juga tidak tahu spesies orkid liar semakin terancam dan ada yang tidak akan tahu kewujudannya.Negara kita juga kaya dengan pelbagai jenis orkid liar yang belum diketengahkan walaupun ia popular di kalangan pemburu orkid.


Aku mula meminati tumbuhan orkid ini semenjak 2 tahun yang lalu selepas mengunjungi rumah majikan ibuku sempena tahun baru cina di perumahan taman Li hua Bintulu Sarawak. Suaminya encik Bong mempunyai PHD dalam bidang Orkid Liar..Rumahnya pulak dikelilingi tumbuhan hiasan yang kebanyakanya adalah tumbuhan tropical terutama sekali orkid..Alangkah terujanya diriku selepas melihat pemandangan tersebut. pada hari tersebut keluargaku puas menjamu selera dan berkenalan dengan tetamu,tetapi akw pulak sibuk memerhati taman tuan punya rumah terbuka. ditemani anak majikan ibuku, Aeron.Berdasarkan pemerhatian aku,Encik Bong cuma berminat mengumpul orkid Liar berbandin orkid jenis Hybrid. Aku pula mengumpul kedua-duanya. Okay meh aku kongsikan sikit gambar2 orkid liar yang terdapat di Malaysia.

Arundina sp., orkid ini tumbuh meliar di sekitar kwasan simpang jalan..dan amat mudah untuk dijumpai

Bulbophyllum lobbii..ni salah satu daripada lebih 2000 species yang tercatat..merupakan genus terbesar dalam keluarga orkid.



Phalaenopsis Gigantea, Orkid ini merupakan Orkid yang terbesar di didalam jenis orkid Phalaenopsis.Daunya mampu membesar sehingga 2 kaki panjang.

Corybas sp.




    

Paphiopedilum Rotchildianum, Orkid jenis ini dikenali sebagai orkid selipar..P.Rotchil juga dikenali King of Slipper Orchid., orkid ini cuma boleh dijumpai di Sabah dimana terletaknya habitat asalnya.
Phalaenopsis violacea atau lebih dikenali sebagai orkid Normah.bunganya menghasilkan Bau yang harum seperti sitrus.   



Tiada ulasan:

Catat Ulasan